NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR mesyuarat khas Jumaat ini susulan kematian Karupaiya


PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 Nov bagi membincangkan penetapan tarikh penting untuk urusan pilihan raya umum bagi Parlimen Padang Serai, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M Karupaiya, awal hari ini.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karupaiya dan satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu.

Menurut Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6), SPR boleh menetapkan tarikh baru yang berasingan sekiranya ada calon yang meninggal dunia.

Timbalan Ketua PKR Pulau Pinang, Bakhtiar Wan Chik memberitahu FMT bahawa Karupaiya meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut keluarganya.

Karupaiya yang mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua berdepan saingan enam penjuru apabila dicabar calon Barisan Nasional C Sivarraajh, Azman Nasrudin daripada Perikatan Nasional, Hamzah Abdul Rahman (Pejuang), Bakri Hashim (Warisan) dan calon bebas Sreanandha Rao.

Ahli PKR itu memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong daripada MCA dan calon PAS Sobri Osman.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo