NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sng perjelas kehadiran dalam pertemuan BN-PH


PETALING JAYA:
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng tampil menjelaskan keberadaannya dalam pertemuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), pagi tadi.

Sng yang kembali dipilih bagi Parlimen Julau berkata, beliau hadir ke pertemuan itu selepas mendapat jemputan, namun tidak menyatakan pihak mana mengeluarkan jemputan berkenaan.

Bekas ketua PKR Sarawak itu berkata, menjadi tanggungjawabnya meneliti segala kemungkinan berhubung pembentukan kerajaan baharu demi menentukan hala tuju sokongannya.

“Kita memerlukan kestabilan politik dengan segera. Seperti yang anda lihat pagi tadi, pasaran saham menerima kejutan. Jadi, kita mengharapkan yang terbaik untuk membangunkan semula kestabilan dan ekonomi negara,” katanya.

Sng dipecat PKR pada Februari 2021 selepas mengumumkan sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin Yassin, ketika itu.

Pertemuan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, menyaksikan pimpinan tertinggi seperti Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang hadir.

Bagaimanapun pemimpin DAP hanya hadir selepas pemimpin utama BN beredar.

Terdahulu, Zahid berkata, tiada perundingan dilakukan dengan mana-mana gabungan setakat ini. Beliau juga memohon Istana Negara memberi lanjutan tempoh akhir yang ditetapkan sebelum ini, pada 2 petang hari ini, bagi mengemukakan nama calon perdana menteri.

Yang di-Pertuan Agong memperkenan lanjutan itu dan menitahkan supaya nama calon perdana menteri dipersembah pada 2 petang, esok.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo