NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden MCA: Saya tak dirunding isu kerajaan BN-PH di Perak


Presiden MCA Wee Ka Siong berkata dia tidak pernah dirunding atau dimaklumkan mengenai gabungan Pakatan Harapan dan BN untuk membentuk kerajaan negeri Perak.

Dalam catatan di Facebook, naib pengerusi BN itu berkata ia tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Tertinggi BN.

“Malah, mesyuarat majlis tertinggi BN masih belum diadakan selepas PRU15,” katanya.

Terdahulu, Malaysiakini memetik beberapa sumber, termasuk Pengerusi PKR Perak Chang Lih Kang serta perjanjian istana Perak dan BN.

Dewan Undangan Negeri Perak tergantung selepas pilihan raya umum ke-15 kerana tiada parti atau gabungan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

PN memenangi 26 kerusi, PH 24, dan BN sembilan. Sekurang-kurangnya 30 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri kerana dewan undangan mempunyai 59 kerusi keseluruhannya.

Jurucakap istana Perak Annuar Zaini mendedahkan bahawa walaupun lebih banyak kerusi PH di negeri itu, ia bersetuju untuk menyokong penyandang menteri besar Saarani Mohamad untuk mengambil semula jawatan itu. Dia akan mengangkat sumpah pada petang ini.

Dilaporkan BN Pahang dan PH Pahang sedang berunding untuk membentuk kerajaan negeri.

Sumber DAP Pahang - yang mempunyai enam kerusi - memaklumkan Malaysiakini bahawa keputusan telah pun dibuat dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sementara itu, dalam catatan berasingan, Wee menafikan bertemu ahli parlimen PH di Hotel Seri Pacific pagi ini.

“Saya tegaskan tiada mesyuarat antara ahli parlimen BN dan PH semasa saya berada di sana dari jam 10 pagi hingga tengah hari.

“Apa yang pasti saya hanya menghadiri mesyuarat antara ahli parlimen BN dan pengerusi BN,” katanya di laman Facebooknya.

Tambahnya, BN hanya boleh membuat keputusan untuk ahli parlimennya melalui Majlis Tertinggi BN.

Wee berkata dia terkejut melihat ahli parlimen PH di hotel itu.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, bersama beberapa wakil, telah bertemu dengan pemimpin PH awal pagi ini.

Zahid menegaskan bahawa ahli parlimen terikat dengan peraturan untuk bertindak mengikut keputusan Majlis Tertinggi BN. Tidak pasti bila majlis itu akan bermesyuarat.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo