NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SME Malaysia buka cawangan di Labuan



LABUAN, 24 Nov (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) memperkukuh kehadirannya di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) dengan pelancaran rasmi cawangan PKS Labuan di sini semalam.

Pengasas dan Presiden Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan, Jefery Tan berkata objektif utama penubuhan cawangan itu adalah untuk menyediakan sokongan, perkhidmatan dan penyelesaian kepada perniagaan tempatan di Labuan.

“Ia adalah platform rangkaian yang terbaik di mana ahli dari latar belakang dan industri berbeza boleh berkongsi pengetahuan dan maklumat mereka mengenai semua perkara berkaitan PKS.

“Keahlian PKS Labuan terbuka kepada semua perniagaan tempatan di bawah kategori perusahaan mikro dan PKS,” katanya kepada Bernama hari ini.

SME Malaysia telah ditubuhkan pada 13 Julai 1995 dengan objektif untuk mempromosi dan menyediakan sokongan, perkhidmatan dan penyelesaian ke arah kepentingan terbaik PKS dan perniagaan di Malaysia.

Ia kini mempunyai 15 cawangan di seluruh negara dengan mempunyai lebih 500 ahli dan lebih 10,000 ahli bersekutu.

SME Malaysia bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Jefery berkata PKS Labuan akan memainkan peranan proaktif dalam menangani pelbagai isu yang melanda usahawan PKS tempatan.

“Kami akan meneliti isu berkaitan usahawan PKS dan kami juga sedang mengkaji untuk menganjurkan persidangan perniagaan, seminar, penyampaian anugerah, pameran dan projek setempat untuk mendidik, memartabatkan dan mempromosikan industri kecil dan sederhana ahli kami, perusahaan dan perniagaan di Labuan,” katanya .

Jawatankuasa itu terdiri daripada Bernice Chin-Langshaw sebagai timbalan presiden, Iriffin Mohamad sebagai setiausaha dan Eric Low sebagai bendahari serta Jeremy Wong, Jerry Teo dan Tan Poh Tong sebagai ahli jawatankuasa.

Sementara itu, ahli perniagaan terkemuka, Fauziah Datuk Mohd Din dan Prunella Phoong dilantik sebagai penasihat.

-- BERNAMA






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo