NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

180 gempa susulan direkodkan di barat laut Turkiye



ANKARA, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 180 gegaran susulan direkodkan di barat laut Turkiye selepas gempa bumi kuat 5.9 pada skala Richter melanda kawasan itu pada Rabu, menurut agensi bencana negara itu.

Gempa susulan terkuat direkodkan berukuran 4.3 pada skala Richter lapor Agensi Anadolu memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

AFAD memaklumkan seramai 16 daripada 93 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital, dan 2,580 kakitangan AFAD serta 471 aset dikerah ke wilayah itu.

Gempa bumi berlaku pada 4.08 pagi waktu tempatan (9.08 pagi Waktu Malaysia) yang berpusat di daerah Golyaka di barat laut Duzce.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 6.81 kilometer (4.2 batu).

Gegaran turut dirasai di Istanbul dan kawasan lain, termasuk barat laut Bolu, Sakarya, Kocaeli, Bursa, Bilecik dan wilayah Izmir dan Kutahya barat, serta ibu kota Ankara.

Pada 1999, Duzce dilanda gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang berlangsung selama 30 saat, mengorbankan 710 nyawa dan mencederakan 2,679 yang lain.

-- BERNAMA






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo