NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sik lebih sesuai untuk calon lelaki, bukan saya seksis - Sanusi


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertahan kenyataan dibuatnya yang didakwa mempertikai keupayaan calon wanita untuk menjadi Ahli Parlimen Sik, baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu berkata kenyataannya itu dibuat dalam konteks geografi dan geopolitik di Parlimen itu yang memerlukan seorang Ahli Parlimen lelaki untuk mewakilinya.

"Ceramah saya itu dalam dialek kampung saya, ceramah itu dalam konteks Sik dengan geografi, sosioekonomi, sosiobudaya, geopolitik, bentuk muka bumi, sikap penduduk, kawasan luar bandar, kawasan hutan dan mempunyai jarak jauh.

"Kesesuaian calon yang hendak diundi di Sik itu ialah calon lelaki. Itu satu hakikat, bukan saya seksis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di program Ceramah Umum Pilihan Raya ke-15 Perikatan Nasional di Padang Sera dekat Jitra malam ini.

Ditanya mengenai desakan pihak tertentu agar beliau meminta maaf berhubung kenyataan itu, Muhammad Sanusi berkata pihak tersebut perlu memahami dialek Sik.

Bagaimanapun, beliau mengakui dalam sesetengah keadaan, wanita lebih ke hadapan berbanding lelaki dengan mengambil contoh bilangan wanita yang melanjutkan pengajian tinggi berbanding lelaki.

Muhammad Sanusi dalam siri ceramahnya sebelum ini dilapor mempertikai keupayaan wanita untuk menjadi Ahli Parlimen di Sik yang kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak yang mengecam kenyataan itu.

Parlimen Sik menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Tarmizi Sulaiman, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Latipah Md Yatim dan Maizatulakmam Othman @ Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN).

- Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo