NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tidak bertemu Muhyiddin bersama Ahli Parlimen KDM, bebas, kata Hajiji


PETALING JAYA:
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor nafi menyertai Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan bebas dalam satu pertemuan dengan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hajiji dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen itu bertemu Muhyiddin atas kerelaan sendiri dan beliau tidak terlibat secara langsung dalam pertemuan itu.

Ketua Menteri Sabah itu turut menafikan dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin yang menuduh GRS mengisytiharkan perang terhadap BN dengan menyokong Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.

“Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN. Malah, dalam pilihan raya baru-baru ini, kita (GRS) dan saya sendiri turun padang berkempen untuk membantu calon BN di kawasan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Hajiji juga berkata, janji sebelum pilihan raya antara kedua-dua parti itu adalah untuk GRS memberi sokongan terhadap Umno/BN sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan.

“Bagaimanapun, apabila BN kalah dan Umno tidak layak menjadi perdana menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya. Perlu ditegaskan tiada juga janji sebelum pilihan raya dengan pihak lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH).

“Saya berharap Umno/BN akan terus bekerjasama dalam mentadbir negeri ini selaras dengan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan GRS-BN pada pilihan raya negeri ke-16 (2020) yang lalu,” katanya.

Semalam, Bung Moktar berkata, GRS mengisytiharkan perang terhadap BN Sabah kerana melanggar perjanjian kerjasama untuk PRU15.

Beliau mendakwa Hajiji bersama enam Ahli Parlimennya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-10.

Hajiji dilaporkan menemui Muhyiddin dua hari lalu, bersama Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Peter Anthony, Ahli Parlimen KDM, Wetrom Bahanda dan dua Ahli Parlimen bebas Verdon Bahanda (Kudat) dan Riduan Rubin (Tenom).

Sebelum penamaan calon pada 5 Nov lalu, GRS dan BN Sabah masing-masing bersetuju bertanding 13 serta 12 kerusi, dengan GRS menang enam kerusi dan BN (7) pada PRU15 Sabtu lalu.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo