NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya perlu dengar pandangan semua pihak, Kabinet akan dikecilkan'


PETALING JAYA:
Pembentukan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam kadar segera selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendengar pandangan semua pihak termasuk parti yang membentuk kerajaan berkenaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihaknya perlu mengambil sedikit masa susulan pembentukan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai saiz lebih kecil.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan secara teliti dan pihaknya tidak sanggup pembentukan Kabinet sekadar hanya mengisi kuota.

"Sesegera mungkin seperti mana yang saya sebut, tidak seperti biasa, Kerajaan Perpaduan ini membabitkan banyak parti.

"Jadi sebelum membuat keputusan, saya mesti dengar semua pandangan dan kemudian masalahnya kerana Kabinet dikecilkan.

"Kalau dulu masuk saja, 50, 60, 70 (jumlah menteri) okay...tak cukup lagi (walaupun jumlah ramai, lantik pula) duta khas, penasihat khas, saya tidak sanggup berbuat begitu," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo