NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya bertegas mahu pertahan Sg Buloh walau ada isu kesihatan, kata Sivarasa


PETALING JAYA:
Walaupun mengalami masalah pita suara sejak tiga bulan lepas, R Sivarasa daripada PKR berkata, beliau bertegas bahawa dirinya boleh mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk satu penggal lagi.

Dalam kenyataan, Sivarasa berkata, Presiden PKR Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan mengenai isu kesihatannya, apabila bekas Ahli Parlimen itu menggunakan alat penguat pertuturan bagi membantu dan menjaga suaranya.

“Saya mempunyai pandangan berbeza dan menjelaskan cara saya akan menguruskan kempen secara berbeza, mengambil kira keadaan suara saya,” katanya.

Tambahnya, beliau menjadi calon PKR bagi kerusi Sungai Buloh sehingga pagi Jumaat, sebelum Anwar memaklumkan beliau digugurkan daripada senarai calon.

“Saya menerima sepenuhnya keputusan Anwar sebagai ketua parti. Beliau berhak membuat keputusan muktamad, dengan mengambil kira pandangannya tentang keadaan kesihatan saya dan sebarang faktor lain yang dia anggap relevan.”

Ketua biro undang-undang PKR itu menambah, Bahagian Sungai Buloh parti itu telah mengetahui bahawa Khairy Jamaluddin akan dicalonkan BN.

“Saya minta polemik mengenai saya tidak menjadi calon ini dihentikan. Lebih penting untuk memberi tumpuan kepada kempen Pakatan Harapan (PH) memenangi Putrajaya,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia memetik Anwar sebagai berkata, Sivarasa digugurkan sebagai calon PRU15 atas faktor kesihatan.

Ketua pembangkang itu dilaporkan berkata, peluang PH boleh terjejas jika Ahli Parlimen tiga penggal itu kelihatan sakit ketika berkempen.

Sivarasa pertama kali memenangi kerusi Subang pada 2008. Beliau mempertahankannya pada PRU 2013 dan sekali lagi pada PRU seterusnya selepas ia dinamakan semula sebagai Sungai Buloh, dengan majoriti lebih 26,000 undi.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau telah mengesyorkan kepada parti untuk mengekalkan Sivarasa sebagai calon kerusi Parlimen itu berikutan rekod prestasinya yang baik.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo