NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin selesai secara baik


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan Datuk Lokman Noor Adam.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan Datuk Lokman Noor Adam.

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkemungkinan diselesaikan secara baik.

Saman itu berhubung video bertajuk 'Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) - Lokman Adam', yang didakwa Ismail Sabri memfitnahnya.

Peguam S Suresh yang mewakili Lokman Adam ketika dihubungi berkata, berikutan itu pendengaran permohonan injuksi inter-parte (dua belah pihak) oleh Ismail Sabri yang ditetapkan hari ini di hadapan Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh ditangguhkan kepada 5 Januari tahun hadapan sementara menunggu kemungkinan penyelesaian kes saman berkenaan.

"Ada potensi (untuk penyelesaian) tetapi kita masih belum dapat mengesahkan kerana belum ada arahan atau penjelasan daripada anak guam," katanya.

Perkara itu turut disahkan peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail Sabri, bagaimanapun katanya setakat ini belum ada apa-apa yang konkrit secara bertulis berhubung penyelesaian itu.

Ismail Sabri yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, berkata Lokman pada 22 Ogos lalu membuat kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu video bertajuk; "Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam".

Beliau berkata, kenyataan itu berniat jahat, fitnah dan tidak benar dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube "Lokman Adam", Facebook "Lokman Noor Adam Official", Instagram "lokmannooradam" dan TikTok "datoklokmanadam".

Kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud beliau (Ismail Sabri) berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat merancang dengan bekas perdana menteri itu dan parti-politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti.

Berikutan kata fitnah itu, reputasinya sebagai ahli UMNO, Naib Presiden UMNO dan perdana menteri terjejas, yang membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya.

Pada 12 September lalu, mahkamah tinggi memerintahkan Lokman memadamkan semua video di media sosial mengandungi kenyataan fitnah terhadap Ismail Sabri selepas membenarkan permohonan injunksi sementara ex-parte (sebelah pihak).






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo