NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saingan dijangka sengit, mampukah PH dominasi Parlimen Selangor?


PETALING JAYA:
Selangor bakal menjadi gelanggang beberapa persaingan berprofil tinggi untuk merebut kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) 19 Nov ini, dengan persoalan sama ada Pakatan Harapan (PH) akan mendominasi persaingan itu seperti 2018.

PH menang 20 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor pada Mei 2018 tetapi gerakan politik meninggalkannya dengan 16 kerusi ketika pembubaran Parlimen. Perikatan Nasional (PN) mempunyai tiga kerusi, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dua kerusi dan Barisan Nasional (BN) dengan satu kerusi.

Penguasaan PH mungkin semakin berkurangan. Pakatan pimpinan Anwar Ibrahim hanya bertahan selama 22 bulan sebagai kerajaan persekutuan apabila BN, Bersatu, PAS dan kumpulan diketuai timbalan presiden PKR ketika itu Azmin Ali bergabung membentuk kerajaan PN pada Mac 2020.

PH kehilangan lima kerusi selepas “pengkhianatan politik”, terutama Gombak dan Ampang, yang dimenangi Azmin dan kemudian naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin dengan masing-masing mendapat majoriti 48,721 dan 41,956 undi.

Azmin kini bersama Bersatu manakala Zuraida pula dengan PBM selepas meninggalkan Bersatu.

BN akan mempersoalkan keraguan terhadap kelayakan PH namun dijangka menghadapi saingan sengit selepas menunjukkan prestasi buruk di negeri itu pada pilihan raya umum lalu. Umno memenangi empat kerusi pada 2013 dan hanya dua pada 2018.

Ketua Umno Selangor, Noh Omar, berkata BN yakin menang pertandingan tiga penjuru dengan PH dan PN di negeri itu.

Katanya, Umno menjangkakan cabaran sukar kerana jumlah pengundi yang ramai di negeri itu. Bagaimanapun, beliau yakin Umno boleh memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2018.

PN terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan di Semenanjung, buat kali pertama akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini sebagai sebuah gabungan.

Pengerusinya Muhyiddin Yassin menganggap BN sebagai musuh pada PRU15 namun PN mungkin berdepan lawan lebih sukar daripada PH selepas Presiden PKR Anwar berkata partinya akan berusaha sedaya upaya menuntut semula kawasan dikuasai oleh “pengkhianat”.

Ini termasuk kerusi Parlimen Gombak yang dimenangi Azmin atas tiket PH.

Masih tidak dapat dilihat bagaimana pengundi akan menerima PN memandangkan terdapat persepsi umum terhadap Bersatu, yang mengetuai gabungan itu, sebagai parti “katak” atau pelompat parti.

Susulan pilihan raya umum 2018, 15 Ahli Parlimen Umno menyertai Bersatu untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan manakala Azmin dan 10 lagi Ahli Parlimen PKR turut menyertai parti itu tidak lama kemudian, selepas dipecat daripada PKR susulan Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan persekutuan PH.

Danial Azhar



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo