NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Sabar saudara KJ, tunggu pemilihan.. tak sampai 6 bulan pun' - Zahid


SHAH ALAM:
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bersabar kerana pemilihan parti itu bakal berlangsung tidak sampai enam bulan lagi.

Menerusi komen balas pada hantaran Khairy pada Rabu, Ahmad Zahid menyatakan individu dalam parti itu boleh bertanding bagi mana-mana jawatan.

"Sabar saudara KJ. Tunggu pemilihan (UMNO) tak sampai enam bulan pun.

"Seluruh perwakilan akar umbi UMNO juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka," katanya pada Rabu.

Khairy pada Selasa dalam satu hantaran di Facebook menempelak beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa beliau bertindak mengkritik Ahmad Zahid.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengingatkan semula bahawa sejak 2018 lagi, beliau menentang Ahmad Zahid dalam perebutan jawatan nombor satu UMNO. - Sinar Harian







Komen: Selagi Zahid jadi Presiden selagi itu PN akan menguasai orang Melayu dan UMNO menuju jalan kubur




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo