NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah sambar tiket ke Piala AFC

Gambar fail - Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee. -Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super, Terengganu FC (TFC) beraksi pada saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim hadapan susulan kekalahan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2022 semalam.

Ia berdasarkan peraturan ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) iaitu, jika juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah kelab yang sama, atau Piala Malaysia dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka slot kedua ke Piala AFC akan diberikan kepada pasukan di tempat ketiga Liga Super.

Skuad Sang Badak bimbingan Datuk Ong Kim Swee, sebelum ini menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga dengan mengumpul keseluruhan 42 mata daripada 22 perlawanan.

Walaupun terpaksa mengharapkan Selangor tewas untuk menyambar tiket ke pentas Asia, Kim Swee tetap berbangga dengan pencapaian dilakar anak buahnya itu, walaupun hanya bersama untuk tempoh yang agak singkat.

"Ini satu pencapaian yang amat baik bagi saya. Walaupun kita baru bersama hanya hampir setahun tetapi pemain menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan. Biarpun berakhir di tangga ketiga Liga Super tetapi yang penting kita layak seperti kita inginkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.





........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo