NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasmi: Azalina Othman Said menang kerusi Parlimen Pengerang


PENGERANG:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said disahkan memenangi kerusi Parlimen Pengerang apabila berjaya meraih sebanyak 21,738 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kemenangan Azalina itu menjadikan beliau terus mempertahankan kerusi Parlimen itu buat penggal yang kelima.

Azalina memperoleh majoriti 5,010 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Fairulnizar Rahmat yang memperoleh 16,728 undi serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh dari Pakatan Harapan (PH) dengan 3,374 undi.

Keputusan rasmi PRU-15 bagi Parlimen Pengerang itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pengerang, Fizwan Mohd Rashidi pada jam 10.05 di Dewan Bandaran Bandar Penawar di sini.

Parlimen Pengerang merekodkan seramai 55,316 pengundi dan daripada jumlah itu seramai 42,288 pengundi direkodkan keluar mengundi pada hari ini dan juga pada hari pengundian awal.

Sebanyak 319 undi ditolak, manakala 129 undi tidak kembali.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo