NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasmi: Maszlee Malik kalah dengan majoriti 1,821 undi di Parlimen Simpang Renggam


KLUANG:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad menang di Parlimen Simpang Renggam dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau meraih sebanyak 18,312 undi dengan majoriti 1,821 undi menewaskan penyandang kerusi berkenaan, Dr Maszlee Malik dari Pakatan Harapan (PH), yang meraih sebanyak 16,491 undi.

Keputusan itu adalah hasil pengiraan semua 111 peti saluran yang diadakan di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) di sini yang berakhir sebentar tadi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat meraih sebanyak 9,077 undi, manakala calon PEJUANG, Kamal Kusmin mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) hilang deposit apabila hanya meraih sebanyak 251 undi.

Terdapat seramai 59,033 pengundi berdaftar di Parlimen Simpang Renggam terdiri daripada 719 pengundi awal dan empat pemilih tidak hadir (PTH) luar negara.

Sebanyak 72.30 peratus bersamaan 42,160 pengundi Parlimen Simpang Renggam keluar menunaikan kewajipan mereka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang hari ini.

Pada PRU14, Maszlee yang bertanding atas tiket BERSATU mendapat 18,157 undi, menang dengan majoriti 3,475 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Liang Teck Meng yang mendapat 14,682 undi dan calon Pas, Mohd Jubri Selamat (2,983).

Terdahulu, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, Hasni menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N53 Benut dengan majoriti 5,859 undi.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo