NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi mengulangi cara kotor Nurul Izzah terhadap Raja Nong Chik pada PRU13 fitnah, burukkan & ganyang kemudian minta maaf

Pada pilihan raya umum 13, (iaitu sehari sebelum pengundiaan) Nurul Izzah menuduh Raja Nong Chik berkomplot dengan urusan pindah milik tanah 12 ekar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Beliau juga mengimplikasikan Raja Nong Chik mempunyai kepentingan dan keuntungan peribadi dalam transaksi tanah tersebut serta melakukan salah guna kuasa.

Nurul Izzah turut mendakwa, YWP telah memberikan tanah tersebut kepada sebuah syarikat swasta, Kiara Mas Sdn. Bhd. yang mana ia akan dijual kepada sebuah entiti swasta selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jumlah sebanyak RM475 juta.

Nurul Izzah turut mengaitkan isu tersebut dengan kes Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya Corp.) memberikan 12 daripada 62 ekar tanah kepada DBKL.

“Bagaimanapun, YWP belum menandatangani perjanjian dengan mana-mana pihak, jadi tanah itu masih milik YWP dan tiada sebarang pindah milik berlaku. Oleh itu, tuduhan Nurul Izzah yang mengatakan bahawa tanah tersebut telah diserah oleh YWP kepada Kiara Mas adalah tidak benar dan berniat jahat,”

Akibat tuduhan fitnah ini, Nurul Izzah berjaya mengalahkan
Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin seorang
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada masa itu.

Politik "Machiavelli" yang diamalkan oleh PKR iaitu menggunakan tipu muslihat (tricks), licik (Cunning) dan dusta (Lie)ini menyebabkan rakyat tertipu dan mengundi Nurul Izzah. Rakyat dikaburi dengan momok PH dan cybertropper pula menyerang segenap penjuru.

Raja Nong Chik kemudiannya memfailkan saman fitnah terhadap Nurul Izzah. Pada 21 Ogos 2014,  hampir setahun kemudian akhirnya segalanya terjawab bahawa Nurul Izzah hanya menipu pengundi sahaja.

Malaysiakini menyiarkan permohonan maaf Nurul Izzah pada 21 Ogos 2014 (sila klik di sini)

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.

Dengan penipuan dan fitnah PKR telah menjatuhkan seorang menteri. Jadi cara ini Rafizi gunakan untuk menjatuhkan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mereka harap dengan cara ini mereka boleh serang golongan ulama dalam PAS. Memburukkan imej PAS, pak lebai juga makan duit haram, rasuah dan sebagainya.

Sebenarnya ini adalah strategi PKR (sila baca di sini) demi mencapai matlamat mereka tidak kira dosa dan pahala. Yang peliknya orang macam Dr Danial masih minta sokong PH. Lagi pelik kumpulan IKRAM masih juga mempertahankan politik kotor PH.

Saya menyeru setiap orang yang menyedari perkara ini untuk berdoa kepada Allah supaya Allah laknat orang yang membuat fitnah ini, semuga doa tuan-puan akan dimakbulkan Allah dan Allah pasti menunjukkan kebenarannya selepas PRU15 nanti.

NASIR RAMLEE


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo