NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putera Saudi, Mohammed Bin Salman Bayar Bidaan Lukisan Leonardo Da Vinci RM2 Bilion

AMERIKA SYARIKAT, 30 November 2022 – Lukisan karya tokoh terkenal, Leonardo Da Vinci yang bertajuk ‘Salvator Mundi’ telah menjadi milik Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bermula pada tahun 2017.

Lukisan tersebut telah berjaya dibida bagi pihak Mohammed Bin Salman oleh Putera Saudi, Bader bin Abdullah pada sebuah majlis bidaan, Christie’s New York.

Turut menyertai majlis bidaan bagi lukisan mewah tersebut, pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed bin Ziyad.

Dikatakan bahawa pada majlis tersebut, kedua-dua pemerintah Arab Saudi dan UAE bersaing di antara satu sama lain bagi memiliki item bidaan tersebut, bahkan keluarga Diraja Qatar turut bersama dalam sesi bidaan itu.

Sumber tertutup bagi pemimpin UAE memaklumkan bahawa bidaan tersebut mula dibida dengan harga yang tinggi dan setiap daripada pemimpin UAE dan Arab Saudi memberi arahan kepada proksi masing-masing bahawa mereka boleh membida setinggi yang mereka mahu asalkan pihak mereka memenangi bidaan tersebut.

Bidaan tersebut berlanjutan sehingga lukisan tersebut mencecah harga yang terlalu mahal dan ia akhirnya membuatkan pihak UAE mengalah kepada Arab Saudi dengan harga $450 juta.

Pembelian oleh Putera Mahkota Saudi itu telah membuatkan seorang jutawan Rusia telah bertambah kaya berikutan beliau telah membuat keuntungan sebanyak sekitar $322.8 juta setelah membeli lukisan tersebut pada tahun 2013 dengan harga $127.5 juta.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo