NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan 3 lelaki samun, tetak pemborong sayur


IPOH:
Polis berjaya menahan tiga daripada empat lelaki yang dipercayai menetak serta menyamun seorang pemborong dan pembekal sayur di Pasar Parit Buntar semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi memberhentikan kereta Proton Waja dinaiki kesemua lelaki berkenaan di sekitar kawasan Parit Buntar.

“Kira-kira 4 petang, anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian telah terserempak dan mengekori kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum tiga lagi lelaki bersenjatakan pedang dan parang meluru masuk ke dalam kenderaan itu.

“Pihak polis segera menyerbu bagi menahan kesemua suspek namun suspek yang terkejut bertindak melibas pedang ke arah polis dan cuba melarikan diri dengan melanggar anggota polis yang berada di hadapan kereta itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam usaha untuk mempertahankan diri dan memberhentikan kereta itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi memberhentikan kenderaan suspek.

Katanya, tiga lelaki berusia antara 47 hingga 63 tahun berjaya diberkas manakala seorang lagi dikenali sebagai P Manimaran berjaya melarikan diri.

Mohd Yusri berkata siasatan awal mendapati suspek telah menetak pergelangan tangan kanan dan merampas seutas rantai leher pemborong dan pembekal sayur berusia 51 tahun itu.

Beliau berkata mangsa cedera parah dihantar ke hospital dan kerugian dianggarkan kira-kira RM15,000.

Katanya hasil soal siasat ke atas ketiga-tiga lelaki terbabit mendapati mereka terlibat dengan sekurang-kurangnya 11 kes rompakan menggunakan kenderaan dengan modus operandi sama.

Kesemua suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah selain ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis metampetamin dan morfin.

Mohd Yusri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian melaporkan kepada polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 dan 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo