NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis siasat dakwaan calon gagal daftar sebab jalan sesak

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata polis masih menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Satu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat dakwaan seorang pesara swasta yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang gagal mendaftarkan diri sebagai calon bertanding kerana kesesakan jalan akibat penutupan banyak jalan di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, laporan dibuat seorang pegawai petugas di kerusi Parlimen terbabit bagi menyiasat kesahihan dakwaan individu berkenaan.

“Pihak polis masih lagi dalam siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan individu berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam) yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan.

Orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian itu diminta berhubung terus dengan Pusat Kawalan IPD Wangsa Maju atau tampil mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu OKU penglihatan tidak dapat masuk ke pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Titiwangsa untuk menyerahkan borang penamaan calon.

Menurutnya, kelewatan sampai ke pusat berkenaan berpunca dari kesesakan jalan raya kerana banyak jalan ditutup.

“Jika saya tak boleh masuk juga, saya akan pertikaikan. Kenapa nak aniaya saya, ini budi bicara mereka, kuasa pada dia,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo