NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis enggan beri permit, forum calon Kuala Selangor batal


Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menjemput calon Kuala Selangor untuk mengemukakan pandangan politik mereka, bagaimanapun forum itu dibatalkan kerana polis enggan memberi kebenaran.

Majlis tersebut dijadualkan berlangsung di 1 Plaza, Kuala Selangor pada jam 8 malam dan akan disiarkan secara langsung di facebook.

Malam ini, pengerusi Badan Perhubungan KLSCAH Kuala Selangor Tan Cat Keong mengumumkan bahawa forum itu terpaksa dibatalkan.

Bercakap dalam video langsung facebook, Tan menjelaskan bahawa pihak polis Kuala Selangor tidak memberikan kelulusan, dia kemudian meminta maaf kepada media dan tetamu yang hadir.

"Kami menjemput empat calon Kuala Selangor, untuk membentangkan memo dasar mereka, dan apa yang mereka mahu bawa ke Kuala Selangor."

“Ini tidak boleh diteruskan malam ini. Ia sepatutnya detik bersejarah buat Kuala Selangor.”

Acara diakhiri dengan ucapan ringkas Tan dan video kempen empat calon.

Ketika dihubungi, Ketua Eksekutif KLSCAH Ooi Heng memberitahu Malaysiakini, alasan yang diberikan oleh polis termasuk perbahasan tidak dibenarkan, ditambah calon dan penyokong mereka tidak dibenarkan berkumpul di satu tempat bagi mengelak keharmonian sosial terganggu.

Kuala Selangor menyaksikan pertembungan empat penjuru, calon termasuk penyandang ahli parlimen daripada Amanah Dzulkefly Ahmad, calon UMNO Tengku Zafrul, calon PAS Mohd Noor Mohd Sahar dan Pejuang Mohd Shaid Rosli.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo