NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tandingi 169 kerusi Parlimen, 116 DUN


KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada majlis pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) PN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.

Menjelaskan agihan kerusi Parlimen, beliau berkata, BERSATU bertanding 74 kerusi, PAS (64), GERAKAN (20), dan Bersekutu (11).

Bagi kawasan DUN, katanya, PAS bertanding di 57 kerusi, GERAKAN (14), BERSATU (41) dan Bersekutu (empat).

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata calon PN untuk PRU15 di Kelantan dan Terengganu tidak akan diumumkan malam ini, sebaliknya pada satu tarikh lain.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo