NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon PN di Kelantan, Terengganu guna logo PAS


KUALA LUMPUR:
Calon Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS, bukan PN.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata negeri selain itu akan menggunakan logo PN pada PRU nanti.

Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan rundingan yang disepakati oleh barisan kepemimpinan tertinggi PN yang dianggotai BERSATU, PAS, GERAKAN, SUPP dan STAR.

"Atas nama parti mana sekali pun persiapan dibuat atas nama PN...biarlah BERSATU, ada PAS, ada GERAKAN dan parti di Sabah dan Sarawak.

"Tetapi PRU ini kita sudah sepakat sebahagian besar walaupun tak semua guna khemah PN, kita sudah minta untuk Kelantan dan Terengganu atas sebab tertentu...negeri berkenaan akan guna simbol parti PAS, hat (yang) bulan.

"Yang (negeri) lain, kita akan gun simbol PN. Ini telah kita sepakati. Insya-Allah, mulai sekarang sampai penghujung PRU15...nak lihat bendera PN berkibar di seluruh negara," katanya di majlis pengumuman calon PRU15 PN di MITEC malam ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo