NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Pahang umum calon baharu DUN Tioman malam esok


KUANTAN:
Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon baharu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kuala Rompin, Rompin esok.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata pengumuman calon akan dilakukan di Kuala Rompin pada jam 9 malam esok.

"Sebenarnya ada tiga nama calon yang disenaraikan dan pengumuman rasmi calon yang dipilih akan diumumkan esok," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 19 November lalu, Md Yunus Ramli iaitu calon PN bagi DUN Tioman meninggal dunia dipercayai selepas mengalami serangan jantung.

Berikutan itu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman pada PRU15 pada 19 November itu ditangguhkan.

Pada PRU15, Allahyarham Md Yunus sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan (PH), Osman A Bakar (PEJUANG) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan Khamis ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan manakala hari pengundian PRU15 bagi kerusi DUN Tioman pada 7 Disember depan.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo