NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN dijangka menguasai kerusi-kerusi dominan Melayu di Perak


Perikatan Nasional (PN) adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan penguasaan Melayu-Islam di Perak, kata Pesuruhjaya PAS negeri Razman Zakaria.

Dia mendakwa rakyat memerlukan PN kerana DAP mendominasi Pakatan Harapan (PH) dan Umno sanggup bekerjasama dengan gabungan itu.

"Hasil gabungan kukuh itu telah berjaya membentuk pasukan yang mantap dan berstrategi bagi mencapai impian memimpin negeri Perak.

"Menyedari bahaya penguasaan DAP melalui PH, gabungan dalam PN Perak telah meletakkan semua calon di semua 59 DUN dan 24 parlimen.

"Usaha ini adalah bukti kesungguhan persediaan PN menawan negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan.


Pada masa sama, kata Razman, PAS Perak juga menyedari pengaruh Umno BN di kerusi Melayu di Perak.

Justeru, katanya, PN Perak telah memberi tumpuan khusus terhadap 40 kerusi dominan Melayu.

"Menyedari kecenderungan Umno pimpinan Ahmad Zahid Hamidi membawa Umno bersama PH melalui beberapa kenyataan media dan dokumen yang didedahkan, PAS bersama PN akan mempastikan semua kerusi dominan melayu akan dikuasai PN," katanya.

Awal hari ini, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mendakwa pengundi Melayu berpaling tadah daripada BN kerana Zahid.

Malah, katanya, Perlis boleh jatuh kepada PN.

Berkongsi pandangan Hamzah, Razman berkata kesedaran pengundi adalah tinggi dan mendakwa mereka memihak kepada PN, khususnya di Perak.

"Sebagai kaum dominan dalam negeri Perak dan negara Malaysia, pemerintahan dominasi Melayu Islam mesti diperkasakan.

"Sebarang usaha merobek kedudukan ini akan menyebabkan ketidakstabilan dalam politik dan pemerintahan.

"PAS Perak meyakini kekuatan penyatuan Melayu adalah solusi kestabilan politik dan agama disamping dokongan pelbagai kaum yang tidak ekstrem dalam membentuk pemerintahan negeri Perak. Usaha jajaran PH mesti disekat dan dihalang," ” kata Razman.

Dia seterusnya mendakwa pengundi muda percaya kepada kepimpinan kerajaan PN dalam menguruskan Covid-19, menjaga rakyat dan membebaskan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo