NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN dakwa sudah ada majoriti


PETALING JAYA:
Kira-kira 10 kenderaan serba hitam keluar dari pekarangan rumah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 4.40 petang tadi.

Antara kenderaan itu membawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Teck Lee sewaktu diajukan soalan oleh media, sama ada Barisan Nasional (BN) akan menyertai gabungan PN membentuk kerajaan, beliau berkata, PN sudah mempunyai majoriti cukup membentuk kerajaan.

“Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah ada majoriti. Memang banyak ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti,” katanya di sini, semalam.

Beliau turut diajukan soalan sama ada Pakatan Harapan (PH) akan diberi peluang bersama PN membentuk kerajaan dan berkata bahawa kedudukan PH adalah seperti yang diumumkan Presiden PN sebelum ini.

Semalam, sewaktu sidang media PN di Glenmarie, Shah Alam, Muhyiddin menegaskan bahawa PN tidak akan bekerjasama dengan PH bagi mendapatkan majoriti membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, Teck Lee sewaktu menjelaskan penyertaan BN bersama-sama PN bagi membentuk kerajaan berkata, akan ada berita tentang perkembangan tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu, Utusan Malaysia menghubungi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang berkata, kepemimpinan parti tersebut akan mengadakan satu mesyuarat khas malam ini bertempat di Glenmarie, Shah Alam.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butiran mesyuarat itu.-UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo