NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM10 : Anwar tidak layak kerana miliki rekod kes salah laku moral

TAMBUN: Persaingan sengit PRU15 kini dilihat hanya berlaku antara dua tokoh iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pemimpin PERIKATAN NASIONAL (PN) dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai tokoh mewakili Barisan Nasional pula dilihatnya telah ‘terkeluar’ daripada persaingan setakat lebih seminggu kempen.

Beliau berucap dalam Ceramah Kempen PRU15 sempena Jelajah PN BEST Tambun yang turut disertai pemimpin-pemimpin utama PN dan para calon PN setempat di Pejabat BERSATU Negeri Perak, Ipoh, di sini semalam.

Bagaimanapun Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dan Pengerusi PN Kedah menegaskan betapa Anwar tidak boleh dimenangkan dan dilantik menjadi Perdana Menteri atas rekod kesalahan moral pernah disabitkan ke atas Presiden PKR itu.

“Dia duk angan-angan nak jadi Perdana Menteri lama sangat dah. Bukan tak kesian tuan-tuan, kesian! Tapi dia tak boleh! Tak boleh (dilantik)! Nak banding (Anwar) dengan Tan Sri Muhyiddin, dua-dua ni kena pecat. 

“Tan Sri Muhyiddin dipecat oleh Umno zaman (Dato’ Seri Mohd) Najib Tun (Abdul) Razak kerana lawan kes 1MDB. (Tetapi) Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno sebagai Timbalan Presiden dan juga Timbalan Perdana Menteri kerana isu moral.

“Dia bukan lawan kes penyelewengan, bukan,” ujarnya membidas Anwar yang mengadakan jelajah dan bercakap soal akhlak sedangkan Pengerusi PH itu mempunyai isu besar berkaitan rekod kes moral dan akhlak.

Imbau Sanusi, isu tersebut dahulunya mendapat simpati ramai rakyat Malaysia kerana percaya ianya konspirasi dan rekaan untuk menganiaya serta menjatuhkan Anwar, namun pandangan berubah bila disabitkan bersalah kali kedua.

Katanya, apabila dijatuhkan hukuman oleh hakim dan mahkamah yang merupakan sistem peradilan di negara ini, menyebabkan rakyat semakin menilai perbuatan tokoh tersebut dan semakin hilang kepercayaan kepadanya.

“Ini isu besar. Yang nak bersaing dengan Tan Sri Muhyiddin ni betul dia kena pecat. (Anwar mendakwa) Saya ditelanjangkan. Saya dipukul dalam penjara macam-macamlah dia cerita. Kan? Hangpa lupa ke? Mana boleh kita lupa. 

“Hari ni dia mai marah kat Razman (Zakaria). Dia kata tak ada akhlak. Lebai atas kopiah, kopiah atas kepala hari-hari, cakap pasal fitnah. Fitnah apa hukuman kat atas dia tu dijatuh oleh mahkamah. Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, 

“Habis habis meter dah (sudah libatkan semua mahkamah), mahkamah ni tak ada dah,” katanya menegaskan bukan Razman yang menjatuhkan hukuman kepada Anwar tetapi sistem peradilan negara ini.

Sementara Ismail Sabri menurut Sanusi, terkeluar daripada persaingan setelah dilihat tidak upaya lagi apabila tidak mendapat sokongan partinya sendiri kerana disaingi Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, bekas Ketua Pemuda Umno yang juga calon BN di Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin sendiri menyifatkan Umno telah rosak serta menampakkan BN berada dalam keadaan berselerak.

Sanusi dalam ucapannya itu turut membidas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membuat tuduhan fitnah mengenai penyelewengan salah guna kuasa kononnya tetapi enggan membuat laporan rasmi.

“Dia kata tak percaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). La…. hang nak dedah ni untuk apa? (Buat) Pendedahan (tapi) dia nak jadi hakim, dia nak jadi pendakwa raya, dia nak jadi penyiasat. 

“Sistem (prosedur) dia tak mahu pakai. Dah hang nak duk dengan siapa di Malaysia ni? Ha…. itulah Piji (Rafizi). (Sedangkan) Kita ada konsep yang paling basic (iaitu) rule of law. Hat nilah jalan yang kita terima. Semua kita terima. 

“Sebab tu kita ada negara. Kita ada undang-undang yang dihormati. Kita ada sempadan geografi yang berdaulat. Ni panggil negara kita. Sistem tu hang (Rafizi) kena pakai. 

“Kalau semua benda hang nak buat sendiri. Hang dakwa orang. Lepas tu orang suruh reporthang tak mahu. Aku nak dedah sendiri dia kata. Lepas tu aku nak siasat, lepas tu aku nak jatuh hukum kawan tu bersalah. Semua (sistem) ni (dia) tak mahu pakai.

“Lepas tu negeri ni nak jadi apa? Nak jadi hutan belantara?” bidas beliau yang menyifatkan ‘kepakaran’ Rafizi adalah membina persepsi tanpa mempertimbangkan sama ada betul atau salah.

Beliau memberi contoh persepsi pernah dibina kononnya PAS mendapat duit Umno sebanyak RM90 juta di mana dahulunya ramai orang percaya tuduhan itu, namun akhirnya kebenaran diketahui juga. – HARAKAHDAILY



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo