NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM bersama pengundi lain beratur mengundi


BERA:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba kira-kira pukul 9.20 pagi untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri beramah mesra dengan pengundi di situ sebelum beratur bagi mengundi di saluran dua di sekolah itu.

“Saya nak beratur macam orang lain,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri mempertahankan kerusi Parlimen Bera dalam pertandingan tiga penjuru dengan wakil Perikatan Nasional (PN), Datuk Asmawi Harun dan calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo