NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR sokong Prabakaran di Batu, kata Fahmi

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, berkata persoalan berhubung keahlian Tian Chua akan diputuskan pimpinan tertinggi parti.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Pakatan Harapan (PH) akan menyokong calonnya di Parlimen Batu, P Prabakaran, walaupun Tian Chua, bertanding bebas di kawasan itu.

Ditanya berhubung sama ada Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, masih kekal ahli PKR, Fahmi berkata, beliau tidak tahu.

“Saya tidak tahu kerana baharu 12 jam (sejak penamaan calon) dan saya tidak ada peluang bercakap dengan pimpinan tertinggi parti kerana kempen sudah bermula.

“Bagi tujuan praktikal sokongan kami kepada Prabakaran di Batu. Apa-apa pun, Prabakaran bagi Batu,” katanya ditemui selepas ceramah di Lucky Garden, di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata supaya menunggu pengumuman rasmi dari PKR berhubung keahlian Tian Chua.

Tian Chua menghantar borang pencalonannya, semalam, bagi kerusi Parlimen Batu, yang mana beliau bertanding sebagai calon bebas selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal di bawah Pakatan Rakyat dan PH.

Bekas naib presiden PKR itu digugurkan parti bagi membuka laluan kepada Prabakaran mempertahankan kerusi Batu yang dimenanginya pada 2018, ketika Tian Chua ditolak pencalonannya daripada bertanding.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, berkata parti akan berbincang berhubung keputusan Tian Chua bertanding selepas pilihan raya umum. Presiden PKR Anwar Ibrahim bagaimanapun, berkata mana-mana ahli parti bertanding sebagai calon bebas secara automatik dipecat.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo