NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilih parti terbaik bentuk kerajaan

Muhyiddin menyampaikan ucapan pada Program makan tengah hari bersama penduduk di Bukit Treh, Muar. - Foto hiasan NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

KELANA JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi memilih dengan betul bagi menentukan pembentukan Kerajaan Persekutuan yang terbaik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu meminta semua pengundi memilih parti yang membuktikan wadah perjuangan yang mendengar denyut nadi rakyat, selain menjulang aspirasi dan cita-cita rakyat dalam tempoh singkat.

Bekas Perdana Menteri itu antara lain mengajak pengundi menolak parti yang tidak mementingkan integriti, membudayakan rasuah dan tidak mampu menunaikan janji.

"Dalam sesi bersama rakyat, ada yang bertanya kepada saya. Mengapa kita perlu memilih PN? Saya sering menjawab pilihlah PN kerana ia parti yang mengarusperdanakan agenda prihatin dalam kerajaan, mengutamakan rakyat dan tidak putus-putus membantu rakyat. 

"Daripada memberi bantuan tunai ke bakul makanan, subsidi upah ke moratorium, memastikan vaksinasi diberi kepada semua secepat mungkin, telah Kerajaan PN lakukan dan buktikan ketika mentadbir di era pandemik (COVID-19).

"Kerajaan PN ikhlas membantu mengemudi negara dan membantu semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang," katanya menerusi Amanat Abah sempena PRU15, malam ini. 

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, mengajak pengundi memilih PN bagi membentuk kerajaan bersih, dipimpin individu berintegriti dan berlaku adil kepada semua.

Selain itu, katanya, kerajaan stabil dapat dijana melalui keharmonian politik parti yang mentadbir, selain memaklumkan PN sentiasa menghormati semua pihak, setiakawan dan bekerjasama ke arah kebaikan negara.

"Kestabilan dijamin melalui politik harmonis inilah yang akan menjamin kestabilan Kerajaan PN, membolehkan kita mentadbir dengan efektif dan inklusif apabila mendapat mandat daripada rakyat, insya-Allah.

"Kestabilan inilah yang akan menjana pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan keyakinan pelabur di dalam dan luar negara untuk terus melabur dan merancakkan ekonomi negara," katanya.

Berita lanjut menyusul


Sumber I BH Online





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo