NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Piala Dunia 2022: Penyokong Jepun dipuji bersihkan tempat duduk stadium

Kami orang Jepun, kami tidak meninggalkan sampah di belakang kami dan kami menghormati tempat ini. - Instagram omr94

DOHA: Selepas tamat perlawanan antara pasukan Ecuador dan Qatar, tempat duduk stadium Al-Bayt, Doha dipenuhi sisa makanan, cawan dan sampah yang ditinggalkan peminat bola sepak yang hadir, semalam.
Apa yang menarik perhatian apabila beberapa penyokong Jepun yang hadir tidak terus beredar dari stadium malah membantu untuk membersihkan kawasan stadium.
Video yang dikongsi oleh pencipta kandungan dari Bahrain, Omar Al-Farooq di Instagram menyaksikan penyokong Jepun sibuk membersihkan tempat duduk sekitar stadium.
Dengan membawa beg plastik sampah, penyokong Jepun dilihat mengutip sisa sampah termasuk botol dan barang lain yang ditinggalkan.
"Mengapa kamu melakukan ini?" soal Farooq.
Dengan ringkas, penyokong Jepun menjawab sebagai rakyat Jepun, mereka tidak akan meninggalkan sampah merata-rata.
"Kami orang Jepun, kami tidak meninggalkan sampah di belakang kami dan kami menghormati tempat ini." jawabnya ringkas.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di seluruh dunia yang mana mereka memuji tindakan penyokong Jepun yang wajar dicontohi penyokong dari negara lain juga.
Dalam pada itu, penyokong Jepun turut mengangkat bendera negara yang ditinggalkan di tempat duduk dan memberitahu ia sesuatu yang perlu diberi penghormatan.
Sebelum ini, penyokong Jepun pernah dipuji selepas membersihkan stadium selepas perlawanan Jepun menentang Colombia pada 2018 yang turut mendapat pujian netizen di seluruh dunia.

Sumber | Astro Awani 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo