NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan dibiarkan dua pertualangan ini memimpin leluhur tercinta.

“Pencabul perlembagaan dan pemusnah demokrasi”, itulah ungkapan yang terlintas di fikiran penulis sebaik meneliti tingkah politik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Presiden Barisan Nasional (BN) dalam usaha mereka merebut Putrajaya sebaik selesai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 15. Ayuh kita teliti beberapa tingkah politik kedua-dua mereka ini.

 Pada jumaat lepas, 18 November 2022, sehari sebelum PRU, Presiden PKR yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah mendakwa bahawa Ketua Polis Negara (IGP) menghubungi beliau untuk meminta beliau bersiap sedia menubuhkan kerajaan. Presiden PKR tersebut mendakwa ia berikutan jangkaan kemenangan PH di 112 kerusi.

Lebih dahsyat, beliau menyebut khusus beberapa Kawasan yang terlibat termasuklah Arau, Kuantan, shah Alam, Bandar Tun Razak dan Titiwangsa. Dakwaan Pengerusi PH tersebut telah disangkal oleh Ketua Polis Negara sendiri sebagaimana dilaporkan; “-
https://youtu.be/x-w4IiHPAt4-

Tingkah laku calon Perdana Menteri PH tersebut jelas merupakan suatu pemusnah kepada amalan demokrasi berparlimen dan melanggari peraturan dan perundangan pilihan raya. Dakwaan yang dibuat sebelum pembuangan undi merupakan suatu ucapan bersifat tipu dan pengaruh yang tidak wajar kepada pengundi-pengundi.

Demikian pula tingkah politik Presiden BN yang sewenang-wenangnya membatalkan akuan berkanun (SD) yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen BN bagi menyatakan sokongan kepada seorang ahli parlimen untuk layak sebagai Perdana Menteri. Pernyataan Presiden BN tersebut menyanggahi perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia disebabkan asas-asas berikut:-
1. Per 43(2)(a) memberikan kuasa budibicara mutlak kepada Kebawah Duli Baginda YDPA ;   

2. Baginda perlu melaksanakan hemat baginda bagi menentukan sokongan AHLI-AHLI DEWAN, dan bukannya parti-parti; 

3. Tahap sokongan ahli-ahli Dewan yang dipertimbangkan oleh Ke Bawah Duli Baginda YDPA hanyalah bersifat MUNGKIN dan bukan pasti atau yakin. Dengan perkataan lain, budibicara yang perlu dilaksanakan oleh Ke Bawah Duli Baginda YDPA merupakan suatu yang bersifat pertimbangan.

Apakah kita rela dua individu ini diberi kepercayaan bagi meneraju negara? Penulis tinggalkan kepada pembaca untuk sama-sama merenung betapa negara amat memerlukan pimpinan negara yang benar-benar berintegriti dan wibawa.

(Penulis adalah Ketua Unit Undang-undang Kelab Penyokong Profesyenal Parti Islam Se-Malaysia “KPPP”)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo