NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH perlu balas budi Zahid - Nur Jazlan


KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang risiko dan menjejaskan hubungan kerjasama di antara parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang sedang bersama dalam pembentukan kerajaan ketika ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyifatkan masa untuk mengeluarkan kenyataan 'berapi-api' dan retorik sudah berakhir selepas rakyat menyuarakannya melalui peti undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) minggu lalu.

"Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya tidak melantik Ahli Parlimen yang sedang berdepan kes mahkamah dalam Kabinetnya.

"Saya ingin mengingatkan mereka bahawa undang-undang Malaysia yang diwarisi dari United Kingdom (UK) yang mana seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan oleh mahkamah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, turut mengingatkan bahawa mereka yang dibicarakan perlu diadili di mahkamah, bukan menerusi persepsi umum.

Justeru, katanya pemimpin PH tidak seharusnya menjadi rabun dan mengabaikan standard antarabangsa berkaitan hak asasi manusia, secara tidak langsung meletakkan kerajaan Anwar dalam risiko.

"Tiada mana-mana parti atau gabungan memperoleh majoriti untuk menerajui kerajaan. Namun, Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berbesar hati mengubah pendiriannya atas nasihat Yang di-Pertuan Agong dan menyatukan Ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Tiada pra-syarat ditetapkan mana-mana gabungan termasuk Anwar, mengenai siapa yang berhak berkhidmat dalam Kabinet atau sebaliknya," katanya.

Malah, Nur Jazlan mendakwa, Ahmad Zahid meletakkan negara sebagai keutamaan bagi memastikan Malaysia memiliki kerajaan yang stabil.

"Ahmad Zahid tidak menyalahkan Anwar, mahupun PH di atas tuduhan liar dan tohmahan terhadap BN sepanjang tempoh berkempen PRU15.

"Jadi, PH patut membalas kesungguhan Ahmad Zahid dengan menunjukkan niat ikhlas untuk menjadikan kerajaan ini stabil dan bebas daripada politik serta kritikan yang tidak perlu," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo