NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH mesti diberi peluang pertama, kata 4 bekas presiden Majlis Peguam Pro PH

Empat bekas presiden Majlis Peguam menggesa Pakatan Harapan (PH) diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan.

“Parti (termasuk gabungan parti) dengan jumlah kerusi tertinggi akan menjadi yang pertama dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan.

“Kemudian terserah kepada parti itu untuk mendapatkan parti lain yang bersetuju bergabung dengan mereka, bagi memperoleh jumlah kerusi yang cukup di Dewan Rakyat,” menurut mereka dalam kenyataan bersama.

Mereka ialah Ambiga Sreenevasan, Yeo Yang Poh, Christopher Leong and Ragunath Kesavan.

Kenyataan itu turut ditandangangi beberapa aktivis dan pengamal undang-undang, iaitu Gurdial S Nijar Zainun Ali, Mohamad Ariff Md Yusof, Kuthubul Zaman Bukhari, Ivy Josiah dan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriots).

Mereka mencadangkan perkara itu dengan memetik penghakiman Mahkamah Rayuan dalam krisis perlembaghaanm di Perak pada 2009 sebagai kes duluan.

PH mendapat kerusi terbanyak (82) tetapi tidak cukup bilangan minimum 112 untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Perikatan Nasional (PH) juga sedang cuba membentuk kerajaan campuran.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo