NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH memulakan pyswar dengan kenyataan-kenyataan menyerang kumpulan penentang Zahid


PH memulakan pyswar dengan kenyataan-kenyataan kononnya pelantikan Ismail, Hisham dalam Jemaah Menteri akan cetus kegelisahan bagi menghalalkan Anwar 'buang' mereka. Anwar bijak memainkan sentimen termasuk menghalalkan cara kerja dia. Baca dia bawah anda akan tahu siapa orang Anwar. Anwar ada ramai orang-orangnya termasuk di istana.


PETALING JAYA:
Seorang ahli akademik mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak memberikan jawatan dalam Jemaah Menteri kepada bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas menteri kanan Hishammuddin Hussein, dengan berkata tindakan sebegitu tidak bijak dari segi politik.

Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia berkata, pelantikan mereka mungkin mengecewakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana kedua-dua pemimpin Umno itu menolak PH.

Beliau berkata, Ismail dan Hishammuddin telah menegaskan sebelum pembentukan kerajaan perpaduan Anwar bahawa mereka tidak mahu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan PH.

“Memberi mereka jawatan dalam Jemaah Menteri akan memperkasakan mereka dalam Umno dan ini bukan sesuatu yang Zahid mahukan,” kata Azmil kepada FMT.

“Perdana menteri tidak perlu memikirkan perasaan (Ismail dan Hishammuddin) ketika membentuk Jemaah Menterinya, kerana beliau perlu mengekalkan Umno dalam kerajaan. Ini memerlukan kerjasama dengan Zahid dan sekutunya.”

Semalam, sumber memberitahu FMT bahawa Jemaah Menteri Anwar mungkin tidak menyenaraikan Hishammuddin dan Ismail kerana mereka menentang kerjasama antara BN dan PH, walaupun mereka berpengalaman luas dalam kerajaan.

Seorang lagi ahli akademik, Wong Chin Huat daripada Universiti Sunway berkata, terpulang kepada kepimpinan tertinggi Umno atau mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan untuk mencadangkan siapa dalam kalangan Ahli Parlimen mereka patut berada dalam Jemaah Menteri.

“Jika Umno mahu Hishammuddin dan Ismail, saya tidak fikir Anwar akan menolak mereka,” katanya.

“Tetapi jika mereka tidak mahu melantik kedua-dua (tokoh itu), mengapa Anwar perlu mengambil risiko yang boleh meretakkan kerajaannya disebabkan dua daripada 30 Ahli Parlimen BN ini?”

Anwar dijangka menamakan barisan Jemaah Menterinya minggu ini.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo