NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH hipokrit, angkuh minta tindakan polis terhadap calon PN - Afif


Timbalan Ketua Bersatu Shah Alam, Dr Afif Bahardin membidas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menggesa polis mengambil tindakan terhadap calon PN Padang Serai, Azman Nasrudin kerana mengatakan kerajaan baru seperti 'kerajaan zina'.

“Ugutan PH untuk mengambil tindakan polis berhubung kenyataan Azman bertentangan sama sekali dengan janji yang berulang kali bahawa mereka akan mempertahankan kebebasan bersuara.

"Dalam Manifesto Pilihan Raya PRU-15, PH secara khusus berjanji untuk memansuhkan undang-undang zalim yang menyekat kebebasan bersuara dan berjanji untuk 'mempertahankan demokrasi dan mempromosikan kebebasan bersuara.'

“Menuntut polis menyiasat Azman adalah bertentangan sama sekali dengan dakwaan PH sebagai juara demokrasi,” kata Afif dalam kenyataan.

Terdahulu, Fahmi meminta Azman disiasat oleh pihak berkuasa kerana kenyataannya yang "biadab dan tidak menghormati" institusi diraja.

Begitu juga calon BN Padang Serai, Sivaraj Chandran yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pencabarnya itu sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja.

Afif berkata, tidak ada unsur jenayah dalam apa yang diperkatakan oleh Azman.

"Ia adalah kritikan politik terhadap gabungan baru BN-PH dan ia adalah komen yang adil. Sebarang penggunaan kuasa polis untuk menyiasat musuh politik PH berhubung kritikan politik adalah penyalahgunaan kuasa polis.

“Fahmi dan PH kini bertindak persis seperti mana BN pernah bertindak ketika berkuasa dengan mengancam siasatan polis apabila mereka dikritik oleh ahli politik pembangkang.

"Sebaliknya, PN ketika berkuasa tidak mengambil tindakan polis terhadap ahli politik PH yang berulang kali menghina kerajaan dengan menjenamakan kerajaan pintu belakang atau kerajaan gagal serta banyak lagi istilah menghina," kata Afif yang dua kali dipilih sebagai Adu Seberang Jaya atas tiket PKR tetapi meninggalkan parti itu selepas Langkah Sheraton.

“Kami menuntut PH dan Fahmi Fadzil menarik balik ugutan untuk menggunakan kuasa polis terhadap Azman Nasrudin yang melanggar kebebasan bersuara dan undang-undang pilihan raya,” tambahnya.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo