NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertama kali dalam sejarah, BN kalah semua Parlimen Pulau Pinang


GEORGE TOWN:
Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum (PRU), Barisan Nasional (BN) gagal memenangi mana-mana kerusi Parlimen di Pulau Pinang apabila kesemua calon parti itu tewas di 13 kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Malah, dua kerusi yang selama ini dianggap selamat dan kubu kuat BN iaitu di Kepala Batas dan Tasek Gelugor gagal menahan kebangkitan sokongan rakyat terhadap calon-calon Perikatan Nasional (PN).

Calon PN di Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad boleh dianggap `giant killer’ apabila menewaskan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga penyandang selama dua penggal di Parlimen itu dengan majoriti selesa sebanyak 2,867 undi.

Di Tasek Gelugor pula, calon PN, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga Ketua Penerangan Bersatu mengesahkan penguasaan PN di kerusi itu apabila menang dengan majoriti besar iaitu sebanyak 12,252 undi.

Kedua-dua kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor tidak pernah dimenangi calon-calon selain daripada BN dalam tempoh 48 tahun iaitu sejak kawasan Parlimen berkenaan diwujudkan bermula pada 1974.

PN turut cemerlang di Pulau Pinang apabila berjaya merobek kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh menerusi calonnya, Muhammad Fawwaz Mat Jan yang menewaskan calon pilihan Pakatan Harapan (PH), Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 5,272.

Parlimen Permatang Pauh tidak pernah terlepas daripada penguasaan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1982 dan Nurul Izzah juga merupakan penyandang kerusi itu selepas menang pada PRU14.

Dalam pada itu, kebangkitan PN di Pulau Pinang turut mencalar rekod kemenangan 100 peratus PH di negeri tersebut apabila gagal mempertahankan 11 kerusi Parlimen seperti dilakar pada PRU14.

Namun, Pulau Pinang masih merupakan kubu kuat PH khususnya DAP selepas menang di 10 buah kerusi Parlimen dengan rata-rata calon mereka mendapat majoriti undi yang sangat besar. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo