NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH sempitkan matlamat PRU hanya untuk Anwar sebagai PM - Pemuda PAS Kelantan

SETELAH sekian lama, akhirnya muncul juga agenda sebenar di poster calon Pakatan Harapan (PH), menyertai pilihan raya semata-mata untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Agenda sempit berkepentingan individu, bukan untuk rakyat.

Jika agenda reformasi dahulu dilihat serampang dua mata, tidak ‘lurus ke depan’ tetapi hari ini nampaknya semakin keluar cerita sebenar. Hanya bermatlamatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Soalnya betulkah hanya Anwar Ibrahim sahaja layak sebagai Perdana Menteri?

Atas indikator apa keyakinan ini diterjemahkan sehingga diletakkan sebagai tawaran utama dalam poster calon?

Namun jika dilihat lebih teliti, tidak semua poster calon PH memasukkan tawaran ini. Apa lagi DAP langsung tidak bersuara walaupun menjadi majoriti dalam meletakkan calon dalam komponen PH.

Saya percaya PN, BN dan Pejuang juga mempunyai perancangan menamakan Perdana Menteri mengetuai kerajaan yang bakal dibentuk tetapi tidaklah sampai menjadi gula-gula pilihan raya yang utama. Langsung tidak mendahulukan kebajikan rakyat.

Jika sesempit itu perjuangan PH, sayugia saya tidak rasa kebersamaan mereka dalam cerita prihatin rakyat melibatkan ekonomi dan kestabilan negara akan menjadi perkara utama.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo