NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin Pakatan, BN adakan pertemuan


PEMIMPIN Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, dipercayai berunding untuk membentuk sebuah kerajaan selepas tiada gabungan parti yang ada cukup majoriti selepas pilihan raya umum Sabtu lepas.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang tiba pukul 10.30 pagi mengesahkan beliau akan bertemu dengan pemimpin BN pagi ini.

Anwar yang tiba tidak lama selepas pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi sampai bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu yang akan mereka bincang.

Antara pemimpin BN yang hadir termasuk Khaled Nordin, Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Maslan, Bung Moktar Radin, Azalina Othman Said – semuanya calon parti yang menang pilihan raya.

Sementara itu timbalan presiden MIC M Saravanan yang mengekalkan kerusi Parlimen Tapah berkata partinya tiada halangan untuk BN bergabung dengan PH dalam sebuah kerajaan.

Menurut Saravanan, beliau sendiri sudah membuat keputusan tetapi apa pun ia bergantung pada keputusan parti juga.

“Ya, saya tiada halangan untuk pembentukan kerajaan yang stabil,” kata Saravanan. 

BN hanya menang 30 kerusi, jauh di belakang PH yang mempunyai 82 kerusi dan PN dengan 73 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat. 

Keputusan ini menjadikan tiada mana-mana gabungan mempunyai cukup majoriti mudah untuk membentuk kerajaan biarpun lebih 15 juta pengundi keluar mengundi pada Sabtu.

Jumlah ahli parlimen BN dan PH cukup untuk membentuk sebuah kerajaan iaitu sekurang-kurangnya mempunyai 112 kerusi atau majoriti mudah.

Yang di-Pertuan Agong meminta ketua-ketua blok memaklumkan melalui Speaker Dewan Rakyat keputusan mereka mengenai pembentukan kerajaan sebelum 2 petang ini. – 21 November, 2022.

Sumber | tgemalaysianinsight




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo