NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peluang saya di Tanjong Karang cerah bila Noh Omar digugur, kata calon PN


KUALA SELANGOR:
Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi optimis mengenai peluangnya untuk menang dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas Barisan Nasional (BN) menggugurkan bekas penyandang kerusi itu selama enam penggal, Noh Omar.

Zulkafperi, 63, berkata beliau tidak menyangka pengerusi BN Selangor itu akan digugurkan.

“Kami sama sekali tidak menyangka. Pada mulanya saya beranggapan peluang untuk menang adalah 50-50. Tetapi kini apabila Noh tidak bertanding, saya percaya saya kini mempunyai kelebihan,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2018, Noh mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 1,970 untuk menewaskan Zulkafperi yang ketika itu dalam Pakatan Harapan (PH) dan calon PAS, Nor Az Azlan Ahmad.

Dengan PAS dan Bersatu kini bawah PN, Zulkafperi percaya beliau ada peluang untuk merampas kerusi itu.

“Ketua PAS Tanjong Karang banyak membantu memperkenalkan saya kepada penyokong PAS,” katanya yang menyambut baik komitmen PAS dalam membantu kempennya.

Beliau berkata, perpecahan dalam Umno bahagian itu susulan pengguguran Noh juga akan menyumbang kepada kemenangannya.

Selepas Noh digugurkan, Ahli Jawatankuasa Umno Tanjong Karang, Rosni Mastol mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas.

“Perpecahan dalam Umno akan memberi kelebihan kepada PN,” kata Zulkafperi.

Kerusi Tanjong Karang menyaksikan pertembungan lima penjuru apabila Zulkafperi berdepan Rosni, Siti Rahayu Baharin daripada Muda, yang mewakili PH, Azlan Sani Zawawi (Pejuang) dan Habibah Yusof (BN).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo