NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas bersih rasuah, mampu stabilkan negara -Nik Abduh


KOTA BHARU:
Pas mendakwa memiliki rekod bersih tanpa rasuah sekali gus meletakkan parti itu kepada kestabilan pentadbiran negara jika dipilih untuk menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kebanyakan kes rasuah yang dilemparkan kepada Pas bersifat tohmahan semata-mata dan gagal dibuktikan secara jelas menerusi pendakwaan di mahkamah.

Menurutnya, bagaimanapun tiga parti besar iaitu Barisan Nasional (BN), PKR dan DAP sudah terpalit dengan isu rasuah sehingga ada pendakwaan di mahkamah.

“Situasi itu dapat lihat semasa Pas menjadi sebahagian daripada pentadbiran di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana tiada satu pun kes rasuah dilaporkan.

“Begitu juga dengan kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas selama 32 tahun. Tiada kes salah laku melibatkan rasuah,” katanya semasa berceramah di Ceramah Mega Kubang Kerian Sejahtera, di Pasir Tumboh di sini malam ini.

Nik Mohamad Abduh memberitahu, parti yang bersama Pas menerusi PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) bebas daripada kes rasuah.

Katanya, jika rakyat Malaysia memilih PN pada PRU15, Sabtu ini, beliau yakin gabungan itu mampu mentadbir negara ke arah yang lebih baik. –UTUSAN

 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo