NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nutri Malt tidak layak mohon sijil halal – Jakim

PUTRAJAYA – Minuman jenama Nutri Malt keluaran Carlsberg Brewery Malaysia Bhd. disahkan tidak memiliki dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan akhbar hari ini sebagai reaksi tular membabitkan minuman itu.

Menurutnya, minuman itu tidak layak memohon SPHM berdasarkan ketetapan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2).

“Selaku pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia, kami menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki SPHM kerana ia dijamin halal.

“SPHM hanya dikeluarkan mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini,” katanya.

Jelas kenyataan itu, semakan status halal produk atau premis makanan di luar sana boleh dibuat menerusi Portal Rasmi Halal Malaysia (https://tinyurl.com/yujuuxch), atau aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Tambahnya, sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh didapati dengan melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan minuman itu dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam dan diletakkan di dalam peti sejuk bersama minuman yang memiliki logo halal.

Sumber | KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo