NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua individu terperangkap dalam banjir kilat di ibu negara


KUALA LUMPUR:
Dua pengguna jalan raya berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kenderaan masing-masing akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia awal 20-an dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Beliau berkata wanita terbabit, yang memandu kereta jenis Perodua Axia, dan lelaki itu, yang memandu kereta jenis utiliti sukan Subaru, dikatakan tidak sempat mengundurkan kenderaan masing-masing apabila melalui kawasan banjir susulan hujan lebat petang semalam.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan. Kenderaan mereka juga sudah dibawa keluar dari kawasan banjir," katanya ketika dihubungi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 7.52 malam dan setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat dua kereta sudah ditenggelami air.

"Kedua-dua kereta berjaya dikeluarkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam," menurut kenyataan itu.

Polis Kuala Lumpur (KL) turut melakukan pemantauan di beberapa lokasi yang dinaiki air iaitu Terowong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah dan Jalan Kuchai Lama.

Menurut laporan di Facebook Polis KL, air mulai surut di kedua-dua lokasi dan laluan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo