NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lima parti minat sertai gabungan PN - Hamzah

LARUT: Sekurang-kurangnya lima parti politik dikatakan berminat menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mendakwa permohonan rasmi daripada parti di Sabah dan Semenanjung itu diterima sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula.


"Ada banyak, lebih daripada lima. Dari Sabah ada, yang di Semenanjung pun ada.
ADVERTISEMENT





Ads by

"Mereka sudah tulis surat mahu bersama kita tetapi permohonan masih dalam proses penelitian, di samping memberi peluang kita ntuk fokus pada PRU15," katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor di sini, hari ini.

\Pada 2020, PN dibentuk menerusi gabungan BERSATU, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebelum disertai Parti Maju Sabah (SAPP) dan GERAKAN.

PN mentadbir negara selama 17 bulan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Sumber | Bharian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo