NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Noh Omar letak jawatan dalam Umno Selangor


KUALA LUMPUR:
Noh Omar meletak jawatan sebagai pengerusi Umno Selangor kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi.

“Sebagai pengerusi perhubungan Selangor, saya dilantik oleh presiden, tapi saya lihat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), presiden sudah hilang kepercayaan kepada saya.

“Sebagai pengerusi perhubungan, saya pun tidak dipanggil berbincang, digugurkan sebagai calon, saya tak kecil hati digugurkan, tapi cara saya digugurkan itu seperti presiden tidak menghargai apa yang saya buat selama ini.

“Bukan saja presiden tak percaya kepada saya, saya pun sudah hilang kepercayaan kepada presiden,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik Umno di ibu pejabat parti itu.

Noh turut mengulangi gesaan pihak lain dalam parti yang meminta Zahid berundur susulan kekalahan BN pada PRU15.

Katanya, sebagai presiden parti, Zahid perlu mencontohi tindakan Najib Razak yang melepaskan jawatannya selepas BN kalah pada PRU14.

“Biarlah orang baharu yang menguruskan Umno ini. Sebagai presiden parti, dia menang pun 300 lebih undi majoriti saja. Saya cakap dalam mesyuarat Biro Politik tadi, kalau berjiwa besar letak jawatan.”

Noh bagaimanapun masih memegang jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan akan menghadiri mesyuarat seperti biasa.

Selain Noh, Shahril Hamdan turut melepaskan jawatan ketua penerangan Umno “atas semangat tanggungjawab kolektif”, susulan kekalahan BN semalam.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo