NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mesyuarat MKT Umno ditangguh


PETALING JAYA:
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menangguhkan mesyuarat tergempar yang dijadualkan berlangsung hari ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT Umno yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul,” katanya dalam kenyataan.

Awal pagi tadi, media melaporkan Biro Politik dan MKT Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini, susulan keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada gabungan mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU15, manakala Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masing-masing menguasai 82 dan 73 kerusi.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo