NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nik Abduh hadir sokong calon PAS


10.30 pagi: Bachok, Kelantan
- Bekas ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz hadir bagi memberi sokongan kepada calon PAS Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Nik Abduh hadir memberi sokongan dengan menunaikan solat hajat bersama calon dan penyokong parti itu.

"Semoga mencapai kemenangan, seterusnya membawa suara dan aspirasi anak muda Malaysia di Parlimen nanti," tulis Nik Mohd Abduh di Facebooknya.

Pada PRU14 lalu, Nik Abduh yang bertanding di Bachok berjaya menewaskan calon BN, Awang Adek Hussin dan PKR, Mohd Zulkifli Zakaria dengan majoriti 3,292 undi.

Nik Abduh memperoleh 36,188 undi, BN (32,896) dan PKR (4,880).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo