NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO gesa SPR siasat aset Rafizi, rugi tapi aset berpuluh juta

PUTRAJAYA - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat harta sebanyak RM18.85 juta yang diisytihar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, beliau tabik terhadap Rafizi kerana mengisytihar aset hartanya.

Menurutnya, namun tersebar di media sosial yang mengaitkan penerimaan duit melalui syarikat, Invoke Solutions Sdn Bhd.

"Invoke ditubuhkan pada 2016 dan dilaporkan mengalami kerugian sebanyak tiga kali dan untung hanya dua kali. Dari mana datang duit dan dana itu?.

"Kita meminta SPRM menyiasat dan sekiranya benar Rafizi terlibat pengubahan wang haram, dia tidak layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu lihat dari segi undang-undang apakah Rafizi layak berganding di Parlimen Pandan," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.

Beliau berkata, tiada masalah sekiranya pengaliran wang itu dari sumber yang sahih.

Ujar beliau, pihaknya tidak mengatakan Rafizi bersalah atau tidak namun mahu SPRM menyiasat perkara tersebut.

"Kita hendak tahu duit jutaan ringgit itu dapat dari mana. Kita mohon SPRM lakukan siasatan segera. Jika sabit salah, dia (Rafizi) tidak layak bertanding," ujarnya.

Pada 2 November lalu, Rafizi mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Pengisytiharan harta itu dibuat menerusi akuan berkanun (SD) yang dimuat naik melalui laman blog peribadinya.

Berdasarkan lampiran itu, kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Solutions Sdn Bhd, syarikat yang diasaskannya.

Jumlah itu termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo