NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nelayan Port Dickson mahu isu pembangunan, pencemaran diberi perhatian serius


Nelayan di Port Dickson memohon supaya isu pembangunan di kawasan perairan serta pencemaran yang mengganggu ekosistem laut diberikan perhatian serius oleh pihak berwajib.

Pengerusi Persatuan Nelayan Teluk Kemang Md Isa Joha mendakwa projek pembangunan hotel atas laut di kawasan itu bukan sahaja memberi kesan kepada hasil nelayan malah memerlukan mereka mendapatkan kelengkapan menangkap ikan yang lebih baik.

"Contohnya projek hotel atas laut dibina di Port Dickson ini, nelayan tidak dapat mencari hasil di kawasan itu, perlu pergi jauh lagi, dengan kekuatan enjin bot sekadar 15 kuasa kuda, ia tidak mencukupi, kita perlukan enjin yang lebih kuat tetapi nelayan tidak mampu,” katanya di Port Dickson.

Justeru beliau memohon supaya kerajaan yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov ini, dapat memberikan subsidi enjin bot kepada nelayan terbabit supaya dapat memungut hasil laut yang lebih lumayan.

Md Isa berkata masalah sampah di perairan Port Dickson juga perlu diselesaikan pihak bertanggungjawab kerana ia mengganggu ekosistem di perairan berkenaan sekali gus menjejaskan hasil tangkapan para nelayan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Nelayan Port Dickson Soh Ah Wah berkata pencemaran minyak kapal juga menjadi antara faktor ekosistem laut terjejas menyebabkan hasil tangkapan nelayan kian berkurangan.

"Sebab air kotor dari darat, minyak kapal dan bahan kimia juga menjadi punca para nelayan kurang mendapat hasil laut, dan harga ikan akan lebih mahal pada masa akan datang, itu yang kita bimbang jika kerajaan tidak ambil tindakan segera," katanya.

Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo