NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara lain majukan sistem pengangkutan, negara kita giler nak PRU cepat


Kini tinggal seminggu lagi sebelum kira-kira 21 juta pengundi tidak kira orang muda atau warga emas membulatkan hati memilih calon atau parti untuk membentuk kerajaan.

Selepas itu, pada 19 November, Malaysia akan mempunyai kerajaan baharu yang diharapkan stabil dan tidak menakutkan pelabur selain mampu menaikkan semula Ringgit manakala pelbagai isu membelenggu rakyat diuruskan dengan sempurna.

Cara mana Malaysia boleh dipulihkan, itu urusan calon-calon kerajaan baharu. Rakyat yang keluar mengundi sudah tentu mahu melihat keberkesanan kerajaan dipilih.

Di sebalik kehangatan kempen sana sini dengan semua parti dilihat semakin terdesak untuk menang, Lembah Klang terpukul dengan masalah 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya yang `terhenti tugas’ akibat kegagalan sistem komputernya.

Susulan itu, sejak Rabu lalu hingga hari ini, ramai warga kota meroyan kerana kerosakan LRT menganggu rutin harian mereka.

Bagi yang bukan pengguna LRT, mereka naik hantu apabila laluan masuk dan keluar ibu negara menjadi sesak luar biasa secara tiba-tiba.

Dilaporkan, seramai 350,000 pengguna LRT di Laluan Kelana Jaya terjejas dan kesannya menyebabkan berlaku penambahan kenderaan mendadak di jalan raya.

Moral daripada insiden LRT rosak secara tidak langsung membuktikan bahawa khidmat pengangkutan awam di Malaysia rupanya disukai ramai.

Selama ini banyak yang kita dengar rakyat menghentam dengan pelbagai kritikan berhubung sistem pengangkutan awam negara.

Antaranya lembab kerana masa menunggu dianggap lama, tidak bersepadu sehingga sukar untuk pengguna ke stesen MRT, KTM, ECRL mahupun komuter.

Pengangkutan awam tersebut turut didakwa kerap rosak dan masalah besar lain membabitkan kos membayar parking di stesen-stesen yang mahal.

Kerajaan tanpa putus asa memberi pelbagai inisiatif untuk memadankan rungutan rakyat dengan perkhidmatan ditawarkan.

Antaranya pakej My50 sebulan untuk pelanggan Rapid KL. Pas pelajar dan pas warga emas yang diberi diskaun 50 peratus jika menggunakan pengangkutan awam.

Akhirnya, rumusan daripada gangguan LRT, rakyat sebenarnya mendapat manfaat daripada jaringan pengangkutan awam itu walaupun belum menyeluruh.

Bertitik tolak insiden itu juga diharapkan kerajaan baharu selepas PRU15 akan memberi fokus kepada meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam.

Malaysia tidak harus terbantut berbanding negara-negara jiran lain hanya disebabkan masalah pergeseran politik.

Buktinya, ketika pemimpin politik bertelagah sehingga PRU15 diadakan lebih cepat, Indonesia melancarkan kereta api lajunya dari Jakarta ke Bandung beberapa hari lalu.

Justeru selepas 19 November ini semoga semua masalah politik Malaysia selesai dan kerajaan boleh fokus majukan Malaysia.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo