NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nama dikeluarkan, Che Abdullah gagal dapat kelulusan Majlis Syura - PAS


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Ahmad Yakob memberitahu penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi tidak dicalonkan kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama PAS.

Portal Sinar Harian memetiknya berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mengisytiharkan calon PRU15 PN Kelantan di Kota Bharu, malam semalam. Tiada maklumat lanjut berhubung keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu

Terdahulu, media tempatan melaporkan desas-desus Che Abdullah bakal digugurkan daripada menjadi calon bagi mempertahankan parlimen tumpat yang dimenanginya.

Gambar Hiasan - Ahmad Yakob

Sebelum ini memetik sumber dalaman Umno melaporkan Che Abdullah akan menjadi calon yang 'disimpan' BN untuk dipertaruhkan susulan parti itu belum mengumumkan wakil mereka untuk bertanding di kerusi tersebut.

PAS menamakan Adun Demit, Mumtaz Md Nawi akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.

Pada PRU14 lalu, Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan PKR.

Dia memperoleh undian sebanyak 47,041 undi, BN (29,541) dan PKR (10,003).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo